WELCOME

Assalamualaikum dan salam satu malaysia kepada pengunjung blog ni, harap dengan produk yang ditawarkan di dalam blog ni dapat memenuhi kehendak anda untuk kegunaan tertentu. Kepercayaan anda kepada saya adalah kunci keikhlasan dan kesungguhan untuk berurus niaga dengan anda.

Thursday, March 9, 2017

SEMAKAN BRIM 2017

Putrajaya: Seramai 705,562 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 yang gagal dalam permohonan BR1M 2017 kerana hal berkaitan data pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diluluskan bayaran pertama BR1M 2017 mengikut kategori masing-masing yang dijangka selesai pada 17 Mac ini.
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, mereka masih perlu mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Langkah itu perlu dibuat ketika tempoh rayuan sehingga 31 Mei ini bagi mengesahkan maklumat pendapatan mereka.
"Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran BR1M 2017 peringkat kedua dan seterusnya tidak dapat dibuat,"katanya.
Menurutnya, semakan kerajaan terhadap kegagalan permohonan yang berkaitan dengan data pendaftaran SSM mendapati, seramai 887,198 pemohon gagal mendapat BR1M 2017.
"Ini kerana mereka tidak mengemukakan dokumen pendapatan yang lengkap, antaranya penyata pendapatan perniagaan atau penyata bank pemohon walaupun mempunyai pendapatan melalui perniagaan sendiri,"katanya.
Katanya, dari jumlah itu, seramai 705,562 pemohon adalah penerima BR1M 2016.
Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 6,320,769 permohonan sudah diluluskan bagi menerima BR1M 2017 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.41 billion

Artikel  Metro 

Wednesday, November 20, 2013

Saturday, October 12, 2013

Harga Rumah makin naik Bro.. Kes penipuan dalam jual beli pun main meningkat, Adalah lebih baik jika kita memahami selok belok jual-beli rumah dengan menghadiri seminar yg bernilai ini:

Saturday, April 20, 2013